Friday, May 21, 2010

Ikhtilat ( Edisi 2 )



Kini tiba masanya saya membincangkan kefahaman ikhtilat di kalangan ahli gerakan islam. tetapi seharusnya kita ingat selain daripada panduan umum ini, kita juga kena melihat kepada waqi' atau biah kampus dahulu seperti contoh istilah abang untuk senior bagi di setengah IPT ianya bukanlah melambangkan kemesraan tetapi penghormatan dan ianya tidak menimbulkan sebarang perasaan yang tidak syarie maka ia dibenarkan manakala ada ipt yang menggunakan istilah ustaz kerana penggunaan abang membawa kepada kemesraan yang luar dari syarie. Jesteru, menjadi kewajiban kita supaya tidak melewati batasan syarak anatara muslimin dan muslimat dalam bergerak kerja dan bermuamalah. Adalah malang bagi kita yang berintima dengan jemaah tetapi melupakan konsep ikhtilat yang benar, lebih malang kalau kita mencari pelbagai hujah agar dibenarkan perbuatan kita yang melanggar disiplin "ikhtilat"

Kefahaman Dasar Hukum Islam

Paling asas dalam amal adalah kefahaman terdapat tiga dasar atau asas utama yang menjadi tunjang setiap peraturan :Kemaslahatan umum ( masholitul mursalah ) menyeru kepada kebaikan ( al-istihsan ) menutup segala pintu kemungkaran ( saddudz dzaroi'e)

Dasar-dasar hukum islam
a) Azhimah ( pemberatan)
Keadaan yang memerlukan pendekatan azhimah :
i. dalam kalangan masyarakat yang faham islam khususnya faham konsep ikhtilat dalam islam.
ii. Jika ketuanan islam sudah terbentuk di kawasan itu.

b) Rukhshoh ( keringanan)
Bergantung kepada keadaan atau suasana yang masa tersebut. Keadaan yang membenarkan rukhshoh :
i)Berada dalam kalangan orang yang tidak faham islam ( tidak faham konsep ikhtilat)
ii) Ketuanan islam belum lagi terbentuk maka konsep rukshoh dibolehkan diterima pakai (dengan menjaga batas-batas syariat

Pendekatan rukhshoh dan azimah bukan untuk dipilih tetapi untuk dikaji kesesuaian permasalahan yang dihadapi.

Dalam Gerakan

1. Menjaga pandangan
-Elakkan bertentang mata ketika bermusyawarah,orang yang bercakap seharusnya melihat wajah ahli mesyuarat. Apabila muslimin melihat, muslimat tidak perlu melihat. begitulah sebaliknya.
- Melihat dengan kadar yang sekejap sahaja

2. Komunikasi
-Bila bercakap menggunakan handset mestilah menggunakan bahasa yang tidak menggoda ( tegas) di antara kedua pihak
- Apabila dalam gerak kerja, gunakan bahasa yang ringkas,padat dan mudah difahami. Janganlah menggunakan lengguk tubuh dalam pergaulan
- berlawak senda dibolehkan namun diperhatikan
tujuan lawak tidak mmenimbul fitnah dan membawa kepada lagha dan leka.harus membuat lawak andai boleh mengendurkan situasi tegang dan panas kerana tabiat semulajadi seseorang itu berkemungkinan lawak dan lucu. tapi ingat perlu dikawal agar tidak lagha

3. Adab-adab memberi salam

Boleh memberi salam antara muslimin daqn muslimat tetapi dalam keadaan sesuai dan tididak menyalahi syarak seperti tidak menimbul fitnah dan tidak membuka ruang untuk menimbulkan fitnah.

Muqabalah ( Pertemuan)

Apabila berjumpa/mesyuarat bilangan antara muslimin dan muslimat mestilah bersesuaian sebaiknya bilangan muslimat melebihi muslimin. Tempat pertemuan mestilah sesuai dan tidak menimbulkan fitnah terutama melibatkan bilangan muslimin dan muslimat dan waktu pertemuan


Orang di luar gerakan ( kurang kefahaman Islam)

Perkara : menjaga pandangan
Apabila bercakap , melihat pada wajah dengan kadar sekejap sahaja dan komunikasi berkesan masih boleh berlaku dan tidak menimbulkan fitnah dan perasaan songsang
tidak bercakap dengan perkataan melalut dan tidak syarie
senyum tanda hormat

Orang kurang Muslim
Harus menjaga pandangan kerana bila berurusan dengan orang bukan islam selalunya mereka tidak memelihara aurat.Jika kita melihat aurat seseorang hati kita akan mendapat titik hitam menjejas indek keimanan kita. Komunikasi juga seperti orang yang berada di luar jemaah.


Hanya Allah yang mengetahuinya



No comments:

Post a Comment

 
Copyright Sekadar Berkongsi Pandangan 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .