Friday, May 21, 2010

Resah menanti rebah

Semakin hari semakin resah hati ana, memikirkan keadaan sekarang. Apabila ada pejuang tersingkir di alam kampus maka resah itu makin tinggi. Kadang-kadang rasa seolah rebah memikir ada yang jadi perosak kepada jemaah atas pelbagai nama, ada yang menjadi anai-anai atas nama "pemikir" yang melupakan wala' , ada yang menjadi golongan ahlul aqidah, tidak lupa yang memang mencari jalan untuk tidak berintima' dengan jemaah.

Perjuangan adalah jalan yang penuh berliku dan berisiko besar, oleh itu ketahanan dari virus wabak-wabak perjuangan perlulah ada dalam diri. Meyakini perjuangan ini merupakan satu kebenaran bererti ikhlaslah dalam perjuangan kerana padanya janji Allah atas keikhlasan tersebut. Ana tahu mereka semua sayang kepada islam dan jemaah...tetapi mereka tidak mengutamakan akhlak dalam perjuangan. Akhirnya blog yang fokus kepada perihal jemaah ana jadikan sebagai medan kita bersuara dan berbincang...supaya kita tidak resah dan supaya kita tidak REBAH

No comments:

Post a Comment

 
Copyright Sekadar Berkongsi Pandangan 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .