Friday, May 21, 2010

Ikhtilat ( Edisi 1)

Saya menerima banyak persoalan berkaitan dengan ikhtilat dalam gerak kerja islam dan harian. Pelbagai tafsiran yang boleh dilontarkan dengan perkataan ikhtilat. Sebagai permulaan jawapan kepada persoalan itu, saya ingin menulis sifat umum kepada ikhtilat yang saya petik dari risalah " Suara Peringatan" ketika sama-sama berjuang di bumi kampus. Diharapkan dengan ini mampu untuk membantu kalian di bumi kampus untuk berjuang.


Definasi Ikhtilat dari sudut bahasa adalah mencampurkan sesuatu kepada sesuatu yang lain, manakala dari sudut syara'nya ialah pencampuran wanita dan lelaki ( samaada persendirian atau berkumpulan). Pencampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka ( lelaki dan wanita) bertemu antara satu sama lain,berpandangan dan bertegur sapa,persoalannya apakah hokum ikhtilat seperti ini? Syeikh Abd Karim Zaidan dalam kitabnya " Al-Mufassal fi al-ahkam al-mar'ah" yang masyur membahaskan contoh-contoh keadaan seperti berikut :

Pertama : Harus kerana terpaksa ( dhorurah)

Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebut oleh Imam Nawawi iaitu : berkata ahli mazhab shafie : tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah ( berdua-duaan)sama adsa dalam solat atauselain darinya. Dikecuali daripada hokum ini apabila dalam keadaan dharurah seperti jika seorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan,jauh dari manusioa lain maka harus ia menumpangkan wanita tersebut sekiranya dibimbangi keselamatannya, maka dalam keadaan ini hukumnya adalah wajib tanpa khilaf. Juga contoh lain agar lebih jelas seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan apa kenderaan sekalipun dengan tujuan menyelamatkan wanita tersebut dari diperkosa ( jika itulah jalan yang masih ada untuk menyelamatkan wanita tersebut) juga dikira wajib tanpa khilaf. Ini jelas mengambarkan bahawa selain daripada dhorurah hokum untuk pasangan bukan mahram berduaan dalam sebuah kenderaan adalah haram walaupun ia berada di dalam kereta.


Kedua : Harus kerana keperluan ( hajat)

Ulama mengatakan hajat akan mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan sesuatu yang haram, di sini dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat


  1. Ikhtilat dalam urusan jual beli dengan syarat tidak khulwat dan memelihara adab pergaulan.
  2. Ikhtilat dalam pemghakiman
  3. Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
  4. Ikhtilat kerana melayan tetamu dan memuliakan tetamu
  5. Ikhtilat dalam kenderaan awam
  6. Ikhtilat dalam kerja jihad
  7. Ikhtilat untuk tujuan belajar
  8. Ikhtilat dalam Susana yang yang telah menjadi kebiasaan.


Islam amat mudah untuk dipraktikan dan menjadi jadi banteng yang amat kukuh dalam menghalang perkara yang buruk berlaku kepada diri kita. Disebabkan kebanyakan daripada kita memandang mudah kepada ikhtilat yang disyarakan kepada kita , kehidupan bermasyarakat kita runtuh dengan gejala social yang meruncing.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright Sekadar Berkongsi Pandangan 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .