Friday, May 28, 2010

Kesedihan,muktamar dan bait muslim

Ana sepatutnya bersama dengan adik-adik seperjuangan di negeri pantai timur untuk bermuktamar dan memuhasabah. Namun, keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan serta beberapa tugasan "perjuangan" yang perlu diselesaikan telah menghalang ana dari duduk,tidur dan berdiskusi dengan antum semua...
Inilah medan untuk kita bertemu setelah ramai dikalangan kalian telah menempuh dunia pekerjaan dan memimpin keluarga ataupun sudah menjadi penggerak masyarakat sebagai pemimpin haraki...inilah kesedihan buat ana kerana saat itu tidak dapat ana rasai...
Buat pasangan bahagia yang telah menemui ainul mardhiahnya, ana ucapkan tahniah dan takziah...tahniah kerana telah menyempurnakan sebahagian daripada agama dan takziah atas amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoal kelak. Ana cuba untuk melakarkan sedikit panduan dalam pembinaan bait almuslim berdasar pengalaman samada ianya dari diri ana atau dari shabat seperjuangan ana yang lain..Namun saat jari mengetuk kekunci komputer riba ini,badan masih menyanyikan lagu-lagu lenguh dan sakit. Ana harap kekuatan itu akan tiba bagi ana lakarkan sebuah pengalaman bait muslim seorang pejuang....


1 comment:

 
Copyright Sekadar Berkongsi Pandangan 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .